Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Monday, May 29, 2017

Tetibe Rindu Ford


Diam tak diam dah lebih setahun dah tinggalkan company Sime Darby atau Ford PJ.

tetiba terasa rindu dengan company, environment dan orang orang masa kerja kat sana.


dalam setahun lebih kerja kat sana, macam macam kenangan manis dan pahit kat sana. but mostly manis ;)


teringat masa nak resign dapat limited merchandise. tq kak ;)





Rindu masa duk melawa dan mengonjeng time kerja. sekarang dah tak melawa camni dah.. hehehe. sebab dah kerja tak perlu mengadap orang/ customer dah.. heee *mengelat*



paling rindu diorang ni lah. ntah bila leh lepak sama sama lagi..



rindu celoteh cik Hanie ni.. 



tapi lumrah kehidupan lah. ada pertemuan dan perpisahan. 
yang penting kita tak putuskan silaturrahim sesama kita.

keep in touch ;)

Wednesday, April 26, 2017

Aisyah Amani's newborn photoshoot


Assalamualaikum..

dalam duk godek-godek album dalam laptop. terjumpa gambar-gambar ni.

masa ni my one and only niece baru beberapa hari selepas dilahirkan..


I just grab what ever available and start shooting..




sayang sebab moment macam ni takkan datang dah..






kelakar bila ingat balik scarf kepala pon leh jadikan props







time dia tidur lagi best shoot. senang dia dah tak bergerak dah ;p







tu dia model dah kepenatan.. thanks for the photoshot yah!


Tuesday, April 25, 2017

Gambar Malam Berinai tema Hindustan a.k.a Bollywood



Looking back at old pictures of my favorite girls. 

The Joyahs.

when one of us is getting hitched, a girly-over-the-top-feeling-feeling bollywood henna night is a must!

enough cit chat.. lets enjoy kemeriahan malam berinai one of my best friend





si pengantin ;)







bila mood "kabhi kushi kabir ghram" sudah marii...








paling tak tahan kitorang siap ade buat video ala ala video clip 
hindustan lg kat ig (checkout my IG: elia_jejariruncing)



Monday, April 24, 2017

Lokasi paling sesuai untuk quick escape



Cuti-cuti nak pergi mana? 

tempat yang tak jauh dari KL tp got amazing view, and nice place to visit...


in less than a minute i would answer "Kuala Selangor!"

dont know why i just love the place cause of its view..







selain dari tu, Kuala Selangor has a lot of historical places like

Melawati hills.. poison well, Dutch cannon, Royal Mausoleum, Altingsburg Lighthouse


selain dari tu bab makanan diorang kat sana memang superb!

and if you guys love fresh seafood, this would definitely be your spot!






Wednesday, January 11, 2017

Me and my monkeys


Haa.. seperti yang dijanjikan, nak sambung cerita semalam...





punyalah bahagia tengok macam macam jenis 
binatang sampai naik juling mata.. hehe

Tuesday, January 10, 2017

Melihat binatang @ kuala selangor


Disebabkan haritu seronok sangat kena culik dan dibawa melihat keindahan makhluk ciptaan Tuhan, kali ni kami ke Kuala Selangor balik. sebab haritu macam tak puas separuh hari je kat sana.


dalam separuh hari tu pun dapat tengok helang diberi makan, sempat pekena air kelapa muda, dan malam pulak dapat tengok kelip kelip first time di depan mata. Malam tu, lepas dinner seafood terus gerak balik KL. dah kata short getaway!


rupanya banyak lagi tempat tarikan kat Kuala Selangor ni..

Sebabkan tak puas haritu, saya request untuk dibawa ke sana balik. hehe. yelah.. haritu surprise. ni pergi sukarela ;p


haritu gerak petang kalau tak silap. takpun lewat tengahari. kali ni pagi pagi dah gerak ke sana. sebab panjang itinerary haritu.. hehehe


first stop : Naik tram 
(ntah betul ke aku sebut ni main petik je malas nak google..haha)



Monday, January 9, 2017

Creative Presentation - Tema Pilihanraya


Assalamualaikum...

Bila dah kerja ni rasa rindu pula zaman belajar..

Bila sebut zaman belajar or zaman jadi student ni, 
masa sambung Degree lah paling best sekali
Rasa bertuah sebab dapat sambung belajar degree kat kampus bandaraya Melaka (KBM)

saya tak tahu la kalau kat kampus lain macam mana culture dia. tapi kat KBM memang best sebab famous dengan culture "creative presentation". bukan untuk budak subjek Human Resource je.. tapi student course lain pon ada buat creative presentation ni..

memang best, menarik dan terbukti senang nak ingat apa yang di-present bila time nak jawab final paper.. pada siapa yang tak faham ape Elia maksudkan dengan creative presentation ni sila refer entri saya yang sebelum ni ye.. hehe









antara creative presentation yang menarik dan yang sempat dirakam masa presentation bertemakan pilihanraya. jom layan gambar!




satu kelas dihiasi deko ala ala election. siap promote calon-calon pilihan raya..


setiap "calon" akan "berucap dengan propaganda masing masing".. propaganda tu is the content of their presentation 



dalam pada presentation, ada juga game yang dimainkan melibatkan classmate lain

tak ingat dah ape yang lawak sangat tu.. hehehe

muka "calon" serious je present.. taktau la btul serious ke cuak sebenarnya





lepas dah semua calon "berucap", masa untuk participant mengundi...


siap ada kena calit cat lagi.. macam election betul lak ;p

ni logo parti yang bertanding



siap ada sepanduk bagaii



bila semua dah vote, masa untuk kira undi.. our lecturer yang akan kira undi satu persatu dan umumkan calon yang menang..


memang harmoni dan happy je masa zaman belajar kan?/ haishhh... how I wish we can go back to that time.. haha.. dream on jelah Elia oiii..



papepon memang sweet memories la time study ni... 

p/s: Rasa macam tak sabar lak nak tunggu next REAL election ;p
Blog Widget by LinkWithin