Thanks For Viewing My Blog =)

Thursday, March 26, 2015

Pertama kali tebus ganjaran Bonuslink

Tadi pergi kat Shell area rumah sebab nk top up touch n go. Sekali tengok kat situ boleh redeem bonuslink points. Selama pakai bonuslink ni since 2008, tak penah lagi redeem



Points takde la banyak mana sebab pakai bonuslink ni masa isi minyak je. Tapi boleh tahan la. Tgk td points yang boleh redeem ada dlm 3800 camtu.. so fikir punya fikir i decided utk amk lunch box ni..



Ikot points yang ada saya boleh choose from payung, towel, torch light, backpack n benda2 lain. Tapi semua mcm common sgt je. So alang2 with intention kononnya nak bawa bekal g keje, saya amik lunch box ni.. sbb macam comel je..



Elia memang tak boleh tengok benda benda yang comel ni. Gerammn je..




Dia ada 2 pilihan antara warna biru atau hijau. I choose blue simply sbb cute sikit kot? Ntah lah.. hehe



Lunch box ala ala mangkuk tingkat ni atas dia kedap udara katanye.. boleh isi lauk. Yg belah bawah more like a bowl.. so boleh isi nasi..




Bayangkanlah betapa lamanya pakai kad bonuslink ni sampai dah bengkang bengkok dah kad dia. Sampai nombor siri pon payah nk nampak. Kena gi renew kad nihh..


Papepon rasa excited pulak nak guna mangkuk tingkat moden ni! Sbb its kinda special sbb ada sentimental value. Dapat setelah bertahun2 dok isi minyak kt Shell.. heee ;D
posted from Bloggeroid

Cool or Droll? - Dompet Sesentuh


saya ni suka cuci cuci mata tengok barangan yang dijual online. ala ala window shopping lah. tapi ni secara maya. kadang kadang boleh rasa impress or pelik dengan how creative a person can be dengan their creations atau inventions.

kadang-kadang ada produk dijual tu buat kita rasa

 'Wow... unique n useful nya! Nak lah!' 

tapi ada juga yang macam 

"Errrkkk.. perlu ke?!"

Elia memang suka scroll benda-benda yang orang jual online. menarik!

macam benda alah ni ..

Touch Purse





Penat menyelongkar beg cari handphone yang berdering sebab beg anda macam treasure chest pirate of the Caribbean? mungkin produk ni sesuai utk korang... hehehe

Features: 
  • Clever front pocket that lets you use your phone without removing it
  • Suitable for all phone sizes
  • Has an accordion wallet that can keep cash, credit cards, and ID
  • Holds your keys, glasses, lipstick and much more
  • Built in Scan Shield RFID Blocker that helps stop identity theft 
  • Convienient strap and loop for wearing over your shoulder, wrist, or belt
Harga dia RM 19.90. So korang rasa akan beli ke benda nih? pendapat korang, benda ni useful tak for u guys?

kalau pendapat Elia sendiri, memang menarik invention ni. senang bila semua benda penting diletakkan sekali. senang bila emergency, takde lah tergagau nak cari kunci la pen lah.. betul tak?

So bagi korang benda ni cool or droll?

source : Milkadeal

Wednesday, March 25, 2015

Produk ciplak jenama sabun terkenal yang LOL


Baru baru ni elia ade pergi kat satu kedai serbaneka ni. banyak barang dijual dengan harga yang murah. Sekali terperasankan satu benda ni..

Sekali pandang memang takkan perasan...

sebab dia punya design, font n colour sama macam satu produk sabun yang agak femes kat Malaysia ni... tapi bila tengok betul betull....





KAHKAHAKAHAKAHHH... memang tak boleh blah. Daiyo tuuu... ayoyoyyoo kadawalleyyy



bukan satu jenis je, siap macam macam flavours lagi.,, hehehe...

Made my day ;)





Ada yang penah perasan ataupon ada tak yang dah beli pon sabun ni? ok tak?


5 Sebab kenapa blog Jejariruncing lama menyepi








Assalamualaikum..

kan dah janji nak rajin update blog kan? haa.. tadaaa.. hehe kalau mood dah sampai tu memang boleh jadi ber-entri entri leh taip sekali. tapi takde la nak post semua serentak. simpan and set to post ikot schedule. baru lah tak pening..

oklah. as promise from my previous post,  nak cerita pasal dunia baru Elia yang menyebabkan saya menyepi lama dari dunia blogging..



1. Kerja

Hujung tahun lepas (Dec 2014) alhamdulillah I graduated from Uitm Kampus Bandaraya Melaka with a Bachelor Degree in Human Resource Management.

Sambil tunggu masa nk grad tu I've worked at a local fitness center. then tak lama lepas tu, which was early this year Elia start kerja kat Sime Darby. So almaklum lah, bila dah mula bekerja ni masa untuk nak berbelog agak limited la kan. Now dah almost 3 months kerja, and everything dah fall into places. dah boleh nak adjust time and effort utk menjengah blog kesayangan ni balik.  weehuuuu..!!





2. Pindah



Seperti yang korang sedia maklum, I have been staying with my family my whole life. So bila umur dah nak masuk 26 tahun ni, I think its the right time to start berdiri atas kaki sendiri. lagipun Abah retired dan dah mula duduk dekat our home in Senawang, Negeri Sembilan.

Elia nak kerja dan dah biasa menetap kt KL dari kecik lagi, so i decided to stay in KL. kirenya dapat la juga fefeeling 'balik kampung' tu. plus, my mom n brothers pun ade kat KL ni. Im not fully alone.

dan korang boleh imagine lah camni gayanye orang yang baru nak mula hidup sendiri ni. Cari rumah, pindah, angkut barang and settlement semua sendiri but with the help from my friends of course! semua serba sederhana. start from scratch. So ambil masa berbulan lah jugak nak pasang Unifi kat rumah. bulan ni baru install. so hence the semangat blogging ;p


3. Baking #SherperdPieCheeseLeleh



yang ni sangat unexpected. unplanned n spontaneous. mulanya Elia start baking sherperd pie as a personal request from someone yang dah lama mengidam nk rasa pai saya ni. then one day tu ala-ala small kesyukuran sebab dah settle bab pindah rumah ni, I decided to cook n bake this sherperd pie.

tapi kali ni letak extra cheese. triple cheese sensation la kekdahnye. ala2 pizza sikit. buat 2 bekas, pastu bagi kawan-kawan rapat makan sorang sikit. Alhamdulillah ramai yang suka and request nak order.




Dari suka suka jadi small bisnes. amik tempahan on weekends je dulu buat masa ni. so weekdays busy kerja, weekends buat pai. so tulah juga antara sebab tak dapat nk buat blog sangat. sebab sebok buat pai ;p


4. Workout


ok ok. promise jangan gelak. *tekup muka*. benda ni baru lagi. so dont expect much k. hehe. bila dah kerja ni, kalau tak find time to workout memang membelon la kite nanti.(walau dah sediakala membelon ;p). macam masa keje kt CIMB dulu pon macam tu. last2 boss suggest join gym. which I did n it has helped me maintain my fitness.

So bila dah join, lepas keje. Malam je jengah ke gym. kadang-kadang workout sorg kadang kadang with friends. so bila dah siang keje malam workout, bilenya nak update blog?



5. Friends and daily activities



I have no time to spend online because most of my time spend offline. this might sounds cliche or 'poyo' but its the truth. bukan la nak kata masa spend online tu xbagus ke apa. just memang bila ada masa terluang Elia selalu spent it outside with friends or family.




lagi lagi bila dah kerja ni. free time tu jadi limited sangat compare to time belajar. so adik adik yang tengah bersekolah or study lagi tu treasure lah your free time kaw kaw. bila dah keja nanti memang masa korang limited. kalau tak guna betul-betul memang rugi.




I choose to enjoy life. do things that excites me and spent my precious time with my love ones. bila makin meningkat usia ni kita macam makin kurang interest kat alam maya but lebih pentingkan real quality time. heee..



seronok and always looking forward to spend my time with budak yg belanja biceps ni. my princess Aisyah Amani. si dagu runcing pipi labuh ni my mushy mushy niece,... eee.. gerammmm!


Although there's a lot of halangan or things yang boleh buat Elia kurang update blog, tapi I have come out with a blogging plan.  which means any free time yang saya ada akan digunakan untuk update beberapa entri then susun jadi scheduled post. so even bila Elia busy pon masih bole entri entri baru tu muncul kat blog. heeee.. bijak tak?

So, hope korang sudi la nak follow and support my semangat nih.

bak kata Adnan Sempit, dimana ada kemahuan, di situ ada highway~!

Tuesday, March 24, 2015

Dunia Baru ;)







Assalamualaikum.

lama. memang lama tak menaip. kalau ada pon iklan. kan?

dah lama tak mengarang yang betul betul lahir dari lubuk hati, jantung, pankreas dan usus ;p teringat zaman dulu. *idea sampai* on laptop - tangan atas keyboard - *taip taip taip* tup tup tap tap.. haa hambek kau satu karangan siap!


dari hari ke hari nak start mengupdate aktiviti yang berduyung terlepas update. tapi ade je kekangan. but Alhamdulillah, harini dapat jugak buat satu entri ni.


asalnya dari awal tahun ni lagi nak kembali aktif berblogging. tapi adee je benda yang buat niat tu tersangkut. semangat berkobar kobar dan membuak buak macam nasi yang nak masak atas periuk. gambar banyak dah tunggu que nak diolah menjadi cerita. tapi.. adeeee je benda yang holding it back.

Now, its time to unleash it! hahaha. macam ape je bunyi nya kan. ala.. lantaklah. its not like im unleashing a dog from its cage or something. ini bukan program 'I want to touch a dog' ok! but its a 'I want to touch my blog". hee.. kalaulah blog ni a puppy or a kitty, memang dah mati kebuluran dah sebab diabaikan. lucky i dont own any pets ;p


btw, doakan lepas ni takde dah benda yang leh sekat Elia nk blogging. aminn.. takdelah. banyak benda berlaku and berlalu yang tak sempat nk update. nanti tau tahu je dah lupa it ever happened. aku ni dah la memang stok pelupa. mungkin makan semut banyak sangat.



Excited nak cerita kat korang pasal dunia baru Elia sekarang ni. hehehe. tapi sedar tak sedar ni macam dah panjang je menaip....

sambung next entrilah! hehehe

stay tuned... ;)








Blog Widget by LinkWithin