Thanks For Viewing My Blog =)

Monday, December 30, 2013

Good luck for final exam!

Salam semua.

Harini ramai pelajar IPT sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Termasuklah empunya diri ni. Tapi paper saya start esok.


Kalau pergi tempat makan yang buka 24jam memang skrg ni penuh dengan students yang sedang duduk mentelaah buku. Yelah, nak exam dah kan



Harini ada beberapa yang dah start ada paper exam. Selalunya 1st day ni paper mcm english kan kan.. teka je. Taktau la betul ke x. ;p




As for me, my first paper tomorrow would be paper Research Methodology. Wish me luck k. Doakan Elia bole jawab semua paper dengan tenang. Lagi lagi ni semester akhir for my degree course sebelum Elia start ber-practical sem depan.




Dikesempatan ni juga Elia nk wish pada sesiapa kt luar sana yang about to sit for your final papers like me, to do your best and good luck! Elia doakan korang semua dapat jawab dan pass with flying colours.. weee!!



tak dilupakan juga, special thanks to bondaku.. oh bondaku si ikan kaloi.. ehh.. silap silap.. special thanks to my lovely Mom, a.k.a Mak Lady sebab sudi teman anak dara dia study sampai kul 2-3pagi kat kopitiam. siap ada sesi tunjuk ajarku sifu lagi.. so sweet! love u mom! love you to the moon and back!



P/s: tak sabar rasanya nak habiskan finals dan degree ni. Boleh terus fokus kat perkara lain yg masih dlm perancangan ni ;)


Saturday, December 28, 2013

Study sambil melantak

 Hai.. First paper untuk final sem ni dah nak dekat..
Konon duk rumah tak boleh nak study. katil empok sangat katenye

asal masuk bilik je tido. masuk bilik je tido. tido je masuk bilik. 

awak dah la memang kaki tido ;p


So kena keluar. study kat luar.

bila dah study kat luar tu..

Konon ingat pesan Dr. Fadhilah Kamsah, kalau perut kosong study pon susah nak fokus.

jadi sebelum isi otak, kenalah isi perut dulu..

konon =p




First stop gi pekena Moo Cow. selama bertahun Moo Cow ni wujud, 
tak pernah lagi saya terdetik nak try. asyik dengan Tutti Fruitti je.

hasil pujukan orang tu yang sememangnya suka dan tengah mengidam yougurt ice cream Moo Cow ni, diturutkan jugak lah. tapi seriously memang sedap la benda nih.. harga pon not bad. much cheaper la compare with TF tu ;p




machamm chomell je.. 
macham chomel je...
deco lembu kat belakang tuh. 
macam dia usha kite lak




lepas dah puas ber-sweet cravings, teringin nak pastries lak. 
haaa.. 
hakak ni memang suka pastries ni. buat minum minum petang ni kan..

kat tempat yang saya pergi tu ada promo 4pcs for RM4.50.. Sedap lak tu pastri die

sambil study, sambil mulut menyuap pastry.. 

sambil menikmat angin petang..

perghh.. nikmat seyhh!

tak puas makan time study, balik tu sempat bungkus lagi a few untuk kudapan.. hahh kau!


Dah malam tu, sebelum balik dinner plak.

tried this one western restaurant. makanan dia ala hotel 5 star gitu. tapi price dia not bad. tak mahal mana pun. affordable la. disebabkan saya still kenyang melantak pastries je siang tu, malam makan appetizers je.





I tried the soft shell crab. not bad the taste. harga my dish was about RM 11 and the chicken breast was below RM 30. so ok la kan?

jap.. japp.. Elia, sekarang ni kau nak study ke nak melantak? haisshh..

dugaan.. dugaan.. patutlah badan makin naik. melantak je keje.

hehehe.. biarlah. janji bahagia. ye dop ? ;p

Friday, December 20, 2013

Mengimbau kenangan bersama John


Diam tak diam sekejap je dah masuk sem akhir saya belajar degree ni. tahu tahu dah nak praktikal dan nak habis dah belajar. lagi kira-kira sebulan je lagi tinggal. 

hectic memang hectic musim sekarang ni. test berderet dan masa ni jugalah nak kena buat presentation dan submit semua report dan research... fuhhhhh

tapi dalam kesibukan ni terkenang semua kenangan kat kampus KBM ni.

baru-baru ni kan Elia ada cerita yang lecturer kami ada sorang yang sporting ni kena transfer gi kampus Alor Gajah kan?

kebetulan haritu going though my old pictures and i found gambar-gambar masa kami part 3. time kelas QMT masa hujung sem tu. masing-masing lepas buat presentation. 

lecturer kitorang yang miss Syetul tu kata nak buat makan-makan sikit..

sekalii....

Papa John's kauuuu



semua muka bahagia je nak bantai makan pizza.



sebenarnya dalam kelas miss Syetul ni sangat strict tau. mula-mula kitorang memang takut tiap kali kelas dia. kalau tak bawa buku teks je kena denda bayar RM1, tak bawa kalkulator pon kena denda bayar sehengget. rupanya dia kumpul dui denda tu untuk buat makan-makan utk kitorg. yg selebihnya tu miss topup pakai duit poket dia sendiri... so sweet kan?



gadis comel n molek yg cute buat peace berkurung merah tu la lecturer kitorang tu..



nyummmmeeehhhh





kebetulan haritu pakai ada tema hitam putih pulak kan...



haaaa... nilah dia miss Shahitul a.k.a Syetul tu ;)



















bila tengok balik gambar-gambar budak kelas terasa plak betapa cepat masa berlalu. how fast the time flies. rasa macam baru je masuk belajar. now dah nak habis dah. doakan Elia dapat menjalani segala kesibukan dan kegilaan ni dengan tenang ya...


kelas kitorang memang ada berapa kerat je kaum Adam. selebihnya semua kaum Hawa.. 

biasalah zaman sekarang ni we gegirls yang banyak conquer the world.. haha.. Girl Power!!!

Speaking of girl power, Libresse sekarang ada bagi table Calendar 2014 yang cute dan interaktif bila korang beli promotional pack Libresse. dalam calender tu jugak ada boucer deals daripada Women in Business yang di-featured kan dalam kempen Shine On Libresse. 



Untuk dapatkan promosi atau more deals, anda perlu scan QR code yang terdapat kat kalender tu . korang kena check out macam-macam special deals dari usahawan kat Shine On website tu. The details of the deal be available online starting January 2014!. Tunggu ape lagi?? Visit the hypermarket/supermarket to get the promotion pack!



Friday, November 29, 2013

Kotak comel dan bunga ikut personaliti diri

I don't know bout u'olls but kalau Elia gi shopping.. for toiletries especially,&nbsp;kalau barang&nbsp;tu ada free gifts or goodies memang laaaju je tangan ni mencapai benda tu.. because for me, it gives us more value for our money la kekdahnye.. huhu.. padahal memang pantang ngan benda-benda free ni.. huhuhuuu >_<

baru-baru ni Elia gi shopping barang dapur sekali dengan toiletries, cam biasa elia aim nak amik my favourite panty liner. luckily Libresse ada bagi this cute box. memang pucuk dicita ulam mendatang la kan? hehehe.. dah la memang my choice of pantyliner punya brand, dapat free gift, the free gift tu comel dan multiusage lak tu!memang terbaiklah!

balik umah, ingat dapat tin comel ni je.. rupanya dalam tin ni ada benda best yang lain..

this pack of 32 pieces of pantyliner ada pamplet for personality test..
bukan normal personal test, tapi test untuk kita figure out what kind of flower we are..
hehehe.. tak pernah terfikir kan kita ni jenis orang yang macam mana.. bunga apa yang best represent us?

So, Elia pon ambil pen dan mula menjawab soalan soalan&nbsp;dalam personality test ni.. hehehe.. cepat cepat jawab, sebab nak tahu jawapannye.. hehehe >_<


lepas dah jawab tu Elia pon bulat-bulatkan jawapan.. dan akhirnya segala misteri telah terurai...

jeng... jeng.. jeng..

*hahaha.. poyo lak ngan sound effect bagai*


Waaa..... so Im a Romantic Rose! *wink2*
waaahhhh... best gile.. excited.. memang sessswaaiii sangat la bunga ni dengan Elia. sebab memang tak dinafikan I LOOOOOVVEE ROSES!
yg bestnya dia ckp I have a romantic side*wink2*heheheh.. kipas-kipas diri sendiri plak kan..
lepas dah tau pasal diri sendiri, masa untuk ajak kawan-kawan buat personality test ni.. pastu bila dorang dah dapat tahu ape resultnye.. masing-masing ketawa. pastu snap pic upload kat instagram masing-masing.. huhuhu..
bila fikir balik, macam kebetulan dan lucky sangat kotak tin serbaguna yang Elia dapat ni pon yang jenis "Romantic Rose" punya... sebab dia ada banyak jenis dan pattern. so memang lucky gila la dapat kotak yang memang my type.. hehe

so korang kalau nak tau what type of flower you are, try la get yourself the Libresse's&nbsp;pantyliner and do the Flower Personality Test. pastu suruh kawan-kawan korang buat sekali. serious best! heheeh..Kalau belum sempat dapat Tin nih, cepat2 lah gi https://www.facebook.com/LibresseMalaysia untuk buat test to see what flower you are! &nbsp;serious fun beb! heheeh..
on a serious note, I rasa mmg kena lah yg libresse collaborate dgn local female designers to create designs untuk tin yang kiutmiut tu hehe. Sbb para designers are real women from the community who came up with the design of each flower that represents our personality. Ni mmg berbeza dan meaningful lah berbanding ngan free stuff yang I selalu dpt masa shopping hihihihi…
*p/s: buat para para boyfriend yang nak tau bunga apa yang sesuai nak bagi kat girlfriends korang, bole lah suh gf korang buat personality test ni.. tak pon korang post kat instagram bagi boyfie korang tau.. hehehe.. Nampak tak permainan die? ;p





* pandai je dia amik hati with my fav kind of rose. Macam tau tau je kan.. haaa.. korang ape lagi.. lets discover what type of flower are you

Thursday, November 28, 2013

An indeed a busy day




Naik gila kami ni dibuatnya bila makin menghampiri musim final. tinggal lagi kira-kira sebulan je lagi kami bakal menduduki ujian akhir bagi tahun akhir kami di sini.

wahh.. pejam celik pejam celik dah sem akhir dah aku ni..  dah part 5 dah.. dah nak practical dah sem depan.. perghh.. cepatnya masa berlalu..

tapi agak hectic la masa ni.. semua assignment dah nak kena submit dalam masa terdekat.. masa nilah lap top nak buat hal pulak kan.. sabooo je la..



Selama belajar kat Kampus Bandaraya Melaka ni, dah masuk sem 5 ni barulah teringat nak bergambar kat kawasan luar bangunan kampus kota ni hah.. kalau tak memang takde langsung la kan..






kebetulan masa nak ke bangunan Graha semalam terserempak dengan my former lecturer. Miss Shahitul yang pernah ajar saya Statistic. masa mula-mula masuk kemain garang. lelame jadi makin baik dan endup dia dh macam kawan lak. she's sweet, kind and friendly. tau-tau je dia dah nak kena transfer pergi Kampus Alor Gajah and masa saya jumpe dia tu dia tengah nak angkut barang utk pindah... waaa.. kebetulan jumpa.. pastu miss belanja air bliss ni.. wa.. pesal miss sweet sangat nih?




oh ya..  balik dari kelas yang panjang dan memenatkan tu, tetiba rasa ceria je sebab dapat parcel dari Hishop! yeayyy.. my stuffs dah sampai..  kemain besar kotak dia kan...



macam biasa, setiap kali order barang dari Hishop ni kita akan dapat voucher. bukan satu... bukan dua.. tapi 3 keping voucher pembelian.. best2!



:: Dr. For Hair Placenta Clinic Shampoo 500ml :::
::Jope O2 Revive Tonic (120ml)::

Nilah antara barang yang Elia beli dari Hishop ni... tapi sekali tengok ada free gifts lagi tau!
siap diorang bagi 2sets of korean's face mask.. weeehuuu.. terbaik dari ladang..

disebabkan jadual kelas yang sibuk dan cuaca yang tak menentu kat Melaka ni, kondisi rambut dan kulit kepala saya macam makin teruk. macam-macam produk rambut dah guna tapi sama je hasil. rambut semakin gugur, rapuh dan kulit kepala berkelemumur. oleh itu, Elia beli tonik dan shampoo rambut untuk memperbaiki dan melebatkan rambut saya balik.


shampoo dia sangat sedap bau dan tak bau chemical sangat. bekas dia besar so memang boleh tahan lama. lepas shampoo dah keringkan rambut elia spray kan hair tonik tu kat kulit kepala pastu urut2 kan sikit.
lepas pakai hair tonik tu kulit kepala terasa sejuk je. best. very refreshing. kulit kepala pun dah kurang gatal2





selain dari set rambut, Elia juga tertarik dengan set penjagaan kulit muka by Dr.Murad ni. set percubaan dia sangat lengkap. disebabkan Elia ada masalah liang roma yang besar, so saya amik set Perfect Pores Control ni. dalam ni ada pencuci(cleanser), T-zone pore reducing gel, moisturizer dan exfoliating masks.


                                       :: Murad Pore Perfection Starter Kit (30 Days Supply)::

*EXCLUSIVE untuk my readers, HiShop akan memberikan baucer tunai sebanyak RM20 ke atas sebarang pembelian melebihi RM99(termasuk barangan promosi skali!). Boucer ni SAH SEHINGGA 30 NOVEMBER 2013.
Voucher code : JEJARIHS

jangan lupa subscribe Hishop's newsletter untuk more special offers

dan jangan lupa "LIKE" FB fanpage Hishop 

Tuesday, October 29, 2013

Baru tahu ada pertalian darah dengan Taufik Batisah

Fuhhhh... kemain lama tak update blog ni.. dah bersawang semua siap..

Oppsss... sorry guys..

Oklah.. elia update ye.. nak taip pepanjang mcm malas so pendek2 je la..

Cerita ni masa bln puasa haritu..
As u all knew elia beraya kt Labuan tahun ni kan.. adik elia ada la skali..

Adik yang mana??



Adik yang nilah... yang mcm biskut kejap ada kejap takde tu.. dia adik bawah elia.. umor 20thn.. eh..19 ke.. ehh..ke 20???..ntahlah.. tapi yang penting dia bawah elia lah..

Dia ni busy mengalahkan menteri.. so kitorang jaranglah jumpa.. biasalah anak bujang sorg ni...haritu masa elia balik labuan dekat sebulan tu.. 2hari sebelum raya dia pun touchdown kt Labuan..

Eh... thats not the point.. pointnya kat sini haritu dia tanya elia

"Kak ngah, awk tau tak Taufik Batisah tu sape?"

Dan dengan yakin tanpa berfikir panjang saya pun jawab "kenallah.. penyanyi singapore tu.. kak ngah siap follow die kt instagram kot!"..

Yeeee... walau xde point utk statement last tu tetap nak mention tauu.. hehe

Then dia ckp.. "dia yang mana satu ek? Kwn ajat dok sebut2.."

"Lahhh... yg ensem tu lah.. nape?"

"Takde.. kawan kawan ajat dok ckp muka ajat macam muka dia"

"Hekkk eleeehhhh...." *freeze jap*
"Eee'ehhh... japp.. ehh... adelah" *mula rasa menyesal puji Taufik Batisah ensem*

Lepas tu saya terus usha gambar-gambar Taufik kat instagram dia dan comparekan ngan my bro's pics...

Haahh... korang nilailah sendiri...



Yang belah kiri tu adik Elia.. kanan dia tu taufik... same tak???

Tuesday, August 6, 2013

Segar dan sehat di bulan Ramadhan dan Syawal





Bulan-bulan puasa ni disamping memperbanyakkan ibadah, masa ni jugak masa yang sesuai bagi kita untuk mula menjaga kesihatan. kalau bulan-bulan biasa kita makan tak ikot masa dan ketika. bantai je apa ada, kolesterol tak kolesterol tinggi. janji sedap ye dop?

minum minuman manis dan berwarna warni. bukan nak cakap orang. diri Elia sendiri pon macam tu jugak. hehehe (mengaku jugak). kalau minum kat kedai asyik order air manis je. gatal je tekak nak minum yang manis-manis ni. 

tapi since dah masuk bulan puasa ni Elia try ubah gaya pemakanan atau minuman. kalau nak tukar drastically memang susah. tapi Elia cuba pelan-pelan. 





dengan mencabar diri sendiri dengan #30dayschallenge. Elia cuba untuk minum air buah-buahan segar atleast sekali sehari. saya menggantikan satu waktu makan dengan amik jus atau smooties ni. kadang-kadang time sahur kadang-kadang time kul 11pm as snack time.



kadang-kadang Elia suka campurkan dengan sayur-sayuran skali bila blend. ye.. saya blend sendiri sebab kalau nak beli air jus kat luar kebanyakkannye mengandungi kandungan gula yang tinggi. so better kita blend sendiri. tanpa memasukkan sebarang gula. 



korang boleh checkout my 30 days challenge ni kat akaun instagram saya ; elia_jejariruncing






sehari sekali elia akan cuba buat jus buah-buahan sendiri. tapi kadang-kadang tu leceh. sebab nak cari buah-buahan yg segar, nak kena beli, nak kena basuh, potong, dan blend. kalau time sahur tu kena amik masa nak buat persiapan.

cara paling mudah Elia discover dengan menggantikan with Marigold Peel Fresh just yang semestinya segar dan merupakan jus buah buahan yang sebenar!




yang bestnye, Marigold Peel Fresh juice ni mengandungi 35% atau lebih fruit juice. rasa die pekat dan juicy. sebab tu Elia lebih prefer Peel Fresh dari jus-jus yang lain. rasa dia memang macam yang kita peras sendiri. Elia suka jus oren dia. sangat-sangat refreshing.

 Ada beza ke Minuman Buah and Minuman Jus Buah?

ADAAAAA....

Minuman Buah mungkin hanya mengandungi serendah 5% kandungan jus buah-buahan, manakala Minuman Jus Buah seharusnya mengandungi sekurang-kurangnya 35% atau lebih kandungan jus buah-buahan.



Menurut Akta Makanan 1983 (Akta 281), Minuman Jus haruslah mempunyai kandungan jus buah sekurang-kurangnya 35% atau lebih jus buah-buahan. Barulah layak nak dipanggil Minuman Jus Buah. Manakala, Minuman Buah tidak boleh kurang daripada 5% kandungan jus buah-buahan.So, bila nak beli minuman buahan ni cek label tau! pastikan ia betul-betul Minuman jus buah dan bukan hanya minuman buah

Minuman Jus Buah seperti MARIGOLD PEEL FRESH bukan hanya mengandungi kandungan jus segar yang lebih tinggi daripada Minuman Buah, ia juga dipasteur untuk mengekalkan kesegaran dan kebaikan semula jadinya.




memang sesuai diminum time berbuka. Marigold Peel Fresh yang dipasteur ni jugak kena lah diletakkan di dalam peti ais setiap masa, kalau tidak ia akan rosak. Tak seperti Minuman Buah yang boleh diletak di rak biasa untuk berbulan-bulan.

dan disebabkan tu kandungan jusnya sangat fresh, tempoh luput dia agak pendek macam buah-buahan lah kan... kalau yang fresh n real mcm strawberry. cepat je dia busuk. 
good thing Marigold Peel Fresh menjanjikan kesegaran, kandungan nutrient dan khasiat yang tinggi dalam setiap kotak. 


bulan puasa ni instead of menghidangkan air kodial buah yang ada kadar gula yang sangat tinggi tu, gantikan dengan minuman jus buah sebenar dari Marigold Peel Fresh ni. segar sikit tekak dan semestinya memberikan khasiat buah kat korang.


Bila time bulan puasa dan jaga pemakanan dan minum, jangan time raya kita tak jaga!

time raya nilah ramai rumah yang hidang air berkabonat yang sangat tinggi kandungan gula dan membahayakan kesihatan. lebih baik kita tukarkan hidangan air untuk dijamu kepada tetamu kepada minuman jus buah sebenar dari Marigold Peel Fresh ni. sedap pon sedap, takde la manis tahap potong kaki kan.. hehehe


its never too late to start consuming good intake. it will goes a long way. korang pon akan rasa lebih bertenaga dan ceria menjelang raya nanti. satu keluarga boleh enjoy the freshness of real fruit juice instead of artificial sugary drinks or soda. beraya dan minum tanpa rasa bersalah dengan Marigold Peel Fresh ni ;)


saya, Elia dan kak Lisa Surihani selaku duta Marigold Peel Fresh ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat. hehehe.. fefeeling jap konon buat wish ngn kak lisa kite yang kiut miut ni ;p

seronok je dapat tengok aksi Malaysian's sweet heart - Lisa Surihani kita beraksi comel as always - haaa... mesti korang pon nak tengok kan? ape lagi, jom 'like' Facebook Fanpage I LOVE MARIGOLD PEEL FRESH MY dan ikuti perkembangan dan latest update mereka!

plus, sekarang orang dah tak pakai manual kad raya kan? semua dah elektronik. jadi, anda masih boleh teruskan tradisi dengan menghantarkan 
e-Kad Raya Eksklusif menampilkan Lisa Surihani. Ceriakan Aidilfitri anda dengan lagu dari MARIGOLD PEEL FRESH dan hantar E-Kad Raya eksklusif kepada rakan-rakan dan insan tersayang!





Wednesday, July 31, 2013

Funny Signs/ Papan Tanda Unik dan Kelakar


Baru seminggu kat Labuan tapi saya dah rasa keunikan dan kelainan tempat ni. antaranya, papan-papan tanda yang saya temui masa round-round pusing Labuan ni.

1. Pasar Babi


Masa abang ipar bawa gi pasar basah untuk beli ikan, saya terperasankan gerai kecil yang terpencil di satu sudut ni. papan tanda dia besar-besar tulis "PASAR BABI". rupanya gerai ni memang jual khinzir. almaklumlah di Labuan ni banyak juga orang bukan Islam.


2. Gerai Sumber Rezeki


macam agak kelakar juga tak lama lepas beli ikan kat area pasar basah ni saya ternampak nama gerai ni. Gerai Sumber Rezeki. takde la kelakar mana tapi agak unik sebab memang gerai tu sumber rezeki mereka kan.. gerai makan ni saya tak pasti sangat dia jual ape sebab ngah bulan puasa kan. hehehe


3. Notis kebakaran




mula-mula nampak macam biasa je kan. tapi bila baca betul-betul rasa macam kelakar sangat part yang arahan no.1 yang die suruh jerit api api api!!! haha.. so xboleh jerit lebih dari 3 kali la yerk?

btw, so far ni je la yang saya perasan. lepas ni kalau ade lagi saya snap gambar dan post lagi ye..



Blog Widget by LinkWithin