Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, November 9, 2011

Kini saya lebih tenang!




Diam tak diam dah sebulan lebih dah saya cuti. dah nak masuk semester baru dah. Part 6. yeay! seniorita la saya nanti. hehe. tak sabar nak habiskan study ni. banyak planning dan job yang menanti. alhamdulillah syukur.

Tapi sepanjang cuti ni minta ampun minta maaf sangat sangat sebab saya terrsangatlah busy menguruskan itu dan ini. busy dengan bisnes, job dan lain lain. banyak planning contohnya macam gathering untuk followers pon terpaksa ditangguhkan. lagi! nak buat macam mana kan. busy mengerah tenaga nak cari duit lebih. Alhamdulillah la rezeki Allah nak bagi. so, no complaint from me =)


Berhari-hari sibuk bekerja siang malam confirmlah badan pon letih lemah longlai lengloi je. huhu. tenaga pon makin lama makin berkurang. macam battery henpon korang jugak. kalau asyik guna battery drained/kong gak.


So, sekali sekala tu kena la jugak "re-charge" battery badan ni. tiada yang lebih menenangkan daripada mendapat layanan dan belaian manja meow meow di spa pilihan. haha. pastinya seronok dan melegakan badan untuk start semula dengan tugasan harian.


Bak pucuk dicita ulam mendatang, saya ditawarkan peluang menikmati sendiri layanan istimewa dari Tajrii Spa yang terletak di lokasi Taman Melawati. Lepas melompat lompat kegembiraan sambil buat tarian makarena, saya pon book a date for the appointment.


Selasa, 8hb November 2011. jam 10.00 pagi appointmentnya. tapi kul 9 saya dah keluar rumah. yelah takut sesat tak jumpa jalan and location. mujur juga ada website Tajrii yang bagi the direct location of the shop. so sampai awal dan tepat pada waktunya. Parking pon disediakan.



muka bangun tidur mandi lap lap muka terus siap nak g spa. bedak hape pon tak calit kat muka. hasilnya sembab terima kasih. jerawat pulak banyak tumbuh time time camni (pss.. its the time of the month ;p)



yeay.. dah sampai depan Tajrii Spa. excited!


masuk masuk lagi tambah excited dengan decoration and
surrounding yang tenang dan cantek.













Masa tu saya diberitahu akan menikmati 2 jenis package. Ada package A dan Package B. nanti saya terangkan lagi ye.

PACKAGE A -

(the first 2 hours)

mula-mula saya dibawa masuk ke bilik rawatan untuk salin pakaian.



mula mula masuk tu perrghh jakun sekejap. cantek woooh bilik dia.
perasaan teruja tu makin membuak buak la kan..



kemudian saya dimasukkan ke dalam kotak sauna ni. hehe. sorry xsempat nak amik gambar so terpaksa google. tapi kotak tu memang sejibik(sebiji) macam dlm gambar diatas. saya dibiarkan berpeluh peluh macam lari balapan kat trek. tapi hakikatnya tak perlu buat apa-apa melainkan baca magazine. yeee. majalah disediakan. slalu saya g buat sauna dlm bekas plastik yg mcm almari baju ada zip tu je then nan ado majalah2 semua. memang terasalah masa berpanas mcm ayam golek tu. tapi kat Tajrii Spa ni bkn saja dia sediakan mags, siap ada air lagi untuk kita minum dlm tu in case rasa dehydrated.





Selesai treatment sauna, saya dibawa masuk ke bilik rawatan tadi yang cantek menarik tertarik kau memang da bomb tu. akak therapist tu suruh saya baring dan terus saya rasa macam puteri raja. disapukan minyak aromatherapy Lavender yang sangat soothing dan badanku diurut urut dipicit picit dan di uli uli bak si ibu yang mengurut bayinya dalam iklan Johnson n Johnson tu. lembut dan sedap sangat urutan dia. bkn mcm urut refleksologi thai yang memulas mulas badan kita macam kita ni ahli akrobat! serious sedap akak tu urut rasa lega dan rasanya tertidur kejap kot masa tu ;p


lepas dah buat urutan badan yang gile best tak hengat tu akak tu lumurkan pula campuran garam bukit dengan susu dan men-scrub seluruh badanku supaya dapat menghilangkan sel sel kulit mati dan disamping tu mencerah dan melembutkan kulit.




Dah selesai scrub badan, saya dibiarkan mandi untuk membuang dan membersihkan segala kekotoran yang terhasil dari aktiviti menyental badan dengan scrub tadi.

sang lelaki, sila jangan bayangkan ;p


Lepas tu terus buat treatment untuk PACKAGE B -

(the next 2 hours)



Lepas abes semua rawatan kat package A, saya dibawa
masuk ke bilik rawatan untuk buat rawatan muka atau facial.


Mula-mula cam basic facial treatment la. Cleans, scrub, steam, picit2 jerawat(arrgghh sakit!) , tone, mask, moisturizer n sun block. plus tambah satu lagi special treatment dalam package ni ialah De-stress eye puffiness treatment yang bagus untuk mata panda saya ni. hehe. Semua pakai product Pevonia.

selain tu. time tengah syok syok buat facial ni ada sorang lagi therapist datang buatkan manicure untuk saya. waaahh. ni betul betul macam puteri raja la.. best! sampai tertidur tidur gak la punya syok. sebab dia siap urut urut kita lg.waa.. memang tak tertanggung syoknyee!




Akhirnya kuku pon berkilauan bak kereta mewah baru lepas mendapat cucian salju(snow wash) serta kilatan(polish). hehe. btw, spa ni khas buat wanita sahaja. so sangatlah sesuai buat wanita yang mementingkan keselesaan(muslimah) dan semua product mereka insyAllah ditanggung Halal.



muka selepas mendapatkan treatment. ye sangat berbintik mengalahkan chicken pop(saje xnak eja pox). ni hasil daripada picitan padu yang gigih untuk mengeluarkan semua najis yang tersembunyi dicelah lapisan epidermisku. overall layanan dan belaian manja mereka sangat sangatlah best. tip top. tak rugi pergi. serious wa cakap sama lu. lepas keluar spa ni rasa badan macam terhuyung hayang sikit sbb sedap sangat service diorang pastu badan rasa ringan je. sambung buat kerja pastu pon rasa seronok.




Oh ya, lupa nak bagi tahu..

Tajrii Spa ni ada promotion yang gilerr gempak.


dan sangatlah rugi kalau korang tak grab this chance. selain promosi istimewa potongan harga rawatan, anda juga berpeluang memenangi pakej penginapan 3 hari 2 malam ke Langkawi,Penang,Cherating,atau Port Dickson

jom lawati fanpage Tajrii Spa ni untuk mengetahui lebih lanjut. tekan "LIKE" dan tekan di bahagian kiri sidebar bertulis "Free Holiday"

Selamat ber-SPA!


27 comments:

panggil farah jerk! said...

best nye elia... dah lama x g wat benda2 cenggini..

intanfirdaus247 said...

wah, mesti elia rasa best selepas dispakan..:) kan kan..nanti ada masa kak intan nak pi juga..:)

ReramaBiru said...

~bestnye..:)

Elia Si Jejariruncing said...

cik oren: tulah. sekali sekala trylah. tgh promosi tu

intanfirdaus247: hehe.. dtglah. best. ya mmg rekomen akak bt package A mmg terbaeekk

Unknown said...

adikku elia..
sentiasa mengikuti kisahmu..
syukur..
setiap yang berlaku ada hikmahnya..

dan.. paling best kamu dapat mengSPAkan diri.......
kak nak ikutttttttttttt

B33HA B3n said...

elia! best nye.....jeles2..nak jugak. Jom temankan!

eZmALiZa said...

perghh!! best la elia..kompom cun nak shoot hujung mggu nie..hehehe :)

Qhaifa Nur said...

teringin juga nak ke spa, banyak bak cendawan tumbuh lepas hujan spa ni..

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

anakcikbob said...

best gak harga promo tu. *teringin*

btw, chicken pox tau. chicken pork tu resepi. :)

Eliza Sulaiman said...

seronoknyaaaaaa!!!

Elia Si Jejariruncing said...

Citarasa Rinduan: tq. alhamdulillah kak sy dah tenang skrg ;)

B33HA LoV4to :jom2..hehe

~eZmALiZa~ : pastinya x se-cun awaklah ;)

Elia Si Jejariruncing said...

marina : opps.. tq for correcting. saya ni asyik typo je kblkgn ni

Unknown said...

whoa bestnyaaaaaa!!!!!teringin nak pergi spa tu.tapi mcm jauh.kalau ada cawangan kat kedah lagi bagus :)

Miss Mirror said...

Dik Elia... alhamdulillah jika dah tenang, Allah bersama2 orang2 yg sabar.

“It is not how low you fall but how high you bounce back!”

Parin's wife said...

boleh jugak try ni,akak selalu pegi jari spa..mcm best je tgk elia bersantai kat situ.hehe

aindzaya said...

selamat studi smula!
tamo malas2 ye!

jom rebut nie http://aindzaya.blogspot.com/2011/11/beloglist-ain-dzaya-earning-nuffnang.html

oshin-jamel said...

bestnye pg spa.....klu la dekat,oshin pon teringin nk pg tajrii :)

Unknown said...

wahhh bestnyee eliaaa11 huhuhu..

ekceli sy selalu jgk memngikuti cerita2 awak..and tahniah! sbb dpt hadapinya dgn professional dan tabah. moga hikmah akan terserlah nanti..ameen. :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

mmg relax kan klu dpt spend time dekat spa...perghh, nak jugak nk jugak!

Shiba Hisham said...

Errkkk. Setau I kalau time period tak boleh ke spa~ Hurm...

محمد رازيق said...

wow. bestnyer. lekai ada pi sana x?? hehe. anyway salam kenal.

mizzura said...

tengok promo teringin nak g before kawin.. tapi jauh...nnt ada masa nak try lah... (entah bila)

eLmedinahome said...

hiii elia...akak pun selalu follow blog elia nie...elia kosong lagi ker??? jd adik ipar akak laaa...haha ;D

Anonymous said...

akak slalu baca kisah awk..dan singgah belog ni..

bestnya dpt manjakan diri di spa...akak tak pernah lg g spa..huhu

suka tengok dekor yg cantik..

::Misz sunsWeetz:: said...

yunk kamu ditag..jom jwb sis^.-

cik nur said...

hurm terbayang dah bila elia cakap sedap kena urut tuh mcm mana haish jelous nie hehehe

Anonymous said...

untung r....hahah

Blog Widget by LinkWithin