Thanks For Viewing My Blog =)

Sunday, September 26, 2010

Majlis Anugerah Dekan.





Sabtu lepas saya telah menghadiri Hari Bersama Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Prof. Dr. Normala.. tahun-tahun sebelum ni majlis dinner dekan ni selalunya diadakan di hotel..malangnya tahun ni buat kat dewan pro je.. papepon layan la pic2 ni ye..







3 org bakal penerima sijil nikah.. huhu





Bella - exco D'Banquers bersama dulang hantarannya




the pentas yang agak "meriah". dont u think?



Saya duduk betul-betul depan meja makan VVIP jadi perlu focus.*berlakon focus*




VVIP sampai jadi semua kena bangun nyanyi lagu Uitm.









Persembahan pembukaan.. siap ada gimik.. ingat betol la si fatin kecik ni nk nyanyi..rupanya gimik semata. tertipu tipah! miming.. but overall ok la performance tu.





Then straight ke ucapan pengerusi Dbanquers, TP HEA, seterusnya dari Dekan kita sendiri.. aiipp..akak dua orang tu.. jangan duk posing2..focus..focus..*sebenarnya jeles xdpt amik gmbar sekali*





focusnya..sampai berkerut-kerut muka







Seterusnya jemputan dibenarkan mengambil makanan.. kecuali kitorang yang akan naik pentas ni.. takut baju kotor kena kuah kacang agaknya..huhu.. so sementara tu touch up la sikit apa yang patut..








Dup..dap..dupp..dapp..nerbes!









*keep reminding myself* jgn sampai terpijak kain..







Fuhh...selamat!







Dapat dapat sijil terus serbu makanan..lapar!




Muka masing2 jakun cam xpernah dapat sijil




Pose bersama gulungan kertas manila berikat reben.








Tarakuca..tarakucacaaa... tarakucaa..







Not to forget pic with the rest of GG group..




Ain tolo... hehehe


Tema malam tu raya..so ada yang pakai baju kurung, kebaya, kebarung dan macam-macam lagi.. but as for me, i choose to wear baju jubah ni..



Pakaian- Aikk..tak macam jubah je bila aku pakai.. cam agogo pon ada ni.. maaf ye kak Saloma, saya tiru style awak malam tu..





Rambut- asalnya nak lepas tapi bila sampai dewan peluh2 jadi untuk keselesaan aku pon sanggul-mak-minah-kan rambut ni.. ala-ala cinderella gitu..awwwhh..








Bila berada di majlis ni sedikit sebanyak jiwa ni rasa berkobar2 untuk mendapatkan anugerah dekan insyallah semester ni.. tapi boleh ke agak2? hmm...kuatkan semangat..chayok2! fight it2!!

Lawak Mat Punk


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Saturday, September 25, 2010

Beraya bersama cucu cicit Tok Janggut @ Imam Manas

Ni cerita basi yang paling basi sebab cerita ni pasal cerita raya kedua. kalau xsilap bertarikh 21/9/2010..


Raya kedua pagi-pagi kitorang dah bertolak dari kampung nenek di Jelapang menghala ke kampung peninggalan moyang saya.. kat mana tu saya tak pasti sebab kitorang konvoi ikot blakang keta Abah je..

bila tanya cousin apa nama kampongnye? dia jawab..

"Kampong Banana Island"


aikk...macam pelik je bunyinye..banana island??


kat mane tu?






Owhh.. Kampung Pulau Pisang..


tapi seingat kitorang la.. time kecik2 dulu Abah selalu refer this village sebagai "Kg Durian". maybe sebab dulu sini penuh ngan kebun durian. ni la tempat dituju kalau nak makan durian, manggis(my fav!) and other local fruits.


Tapi kali ni kampung ni dah jauh berbeza dari zaman kecik-kecik dulu. dah tak banyak pokok. rumah pon dah banyak rumah batu dan air sungai pon dah kontang.


Kalini sekembalinya kami ke Kampung Pisang ni adalah untuk berkumpul semua anak beranak cucu dan cicit Imam Manas atau lebih dikenali sebagai tok Janggut pada ketika tu.

Enuff talk jom layan gambar..



:: Sampai2 kena daftar dulu ::




:: yg kanan tu my Abah@Ayahda ::













Jaringan Keluarga Imam Manas juga menyediakan sumbangan hasil kutipan dari ahli keluarga kami bagi golongan yang memerlukan di sekitar kampung Pulau Pisang.






diorang buat apa tu? oo.. main mercun n bunga api.. shh.. diam2!






Me with the cousins..







anak-anak dara yang single and available (waahh dan dan) ditugaskan membuat sanwich tuna and sardin untuk dihidangkan untuk para tamu di surau berdekatan.

teringat dialog yang buat kami ketawa berdekah dekah ketika sedang membuat sandwich


" japgi kita tak payah basuh tangan. mana la tahu japgi salam ngan makcik2 merangkap bakal mak mertua kat sana diorang mesti bau tangan kita. nnti mesti diorang tahu kita yang buat sandwich ni..kahkahkah"

hahaha.. memang sepupu-sepupu saya ni masuk air jugak kadang-kadang. pecah perut dibuatnya!


















::Opah rock!::










::Comel je HanaBobot tiru gaya Amer::


Tanpa disangka, Keluarga kami berjaya membawa pulang hamper sebab kami menang kategori Khas- Keluarga Paling Meriah sebab kami pakai baju sedondon.







Seperti biasa our lil sis sentiasa menjadi perhatian pada haritu.




Elia with HanaBobot=)













sebelum bersurai kami bergambar depan kediaman keluarga our moyang yang bakal dirobohkan dan diganti dengan dewan serbaguna+homestay.
Blog Widget by LinkWithin